Pakej Aqiqah Di Bungalow Setia Alam - 2019-2020

Menyediakan pakej lengkap akikah / aqiqah di kuala lumpur dan selangor dengan harga yang berpatutan di dalam promosi pakej aqiqah lengkap 2019-2020-2021 bermula pakej 100pax , 200pax dan 300pax.Pakej Aqiqah Di Bungalow Setia Alam - 2019-2020

Menyediakan pakej lengkap akikah / aqiqah di kuala lumpur dan selangor dengan harga yang berpatutan di dalam promosi pakej aqiqah lengkap 2019-2020-2021 bermula pakej 100pax , 200pax dan 300pax.Pakej lengkap aqiqah di rumah atau di dewan kami seperti di the club bukit utama golf resort atau di Homestay kami di Setia Alam.

Menu pilihan akikah yang kami tawarkan adalah cadangan sahaja boleh di tukar mengikut kesesuaian.Pakej Aqiqah Di Bungalow Setia Alam - 2019-2020

MAKSUD AQIQAH

Aqiqah ialah sembelihan binatang (an‘am) yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

HUKUM AQIQAH

Secara umumnya hukum aqiqah adalah sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan) bagi yang berkemampuan.

SYARAT AQIQAH

Berikut adalah antara syarat asas dalam aqiqah.

  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

SUNAT AQIQAH

Selain syarat di atas, ada beberapa perkara sunat yang turut dianjurkan. Antaranya:

  • Berdoa semasa hendak menyembelih:  بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ … (sebut nama anak)
    Maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah…”.
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  • Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  • Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.
  • Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

WAKTU AQIQAH YANG DIANJURKAN

Ibadah aqiqah paling afdal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi tersebut. Ia seiring dengan memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi tersebut.

Berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

BOLEHKAH BERAQIQAH DENGAN SEEKOR KAMBING SAHAJA BAGI ANAK LELAKI?

Dalam keadaan tertentu, mungkin ada ibu bapa yang belum mampu atau tersilap apabila beraqiqah dengan seekor kambing sahaja. Jika ini berlaku, menurut Mazhab Syafie, ia adalah memadai dan dibolehkan, seperti yang pernah diutarakan melalui laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Ia berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibas yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

BOLEHKAH AQIQAH DISEKALIKAN DENGAN KORBAN?

Aqiqah dan korban adalah ibadah yang hampir sama, di mana ia merujuk kepada aktiviti penyembelihan haiwan. Namun, setiapnya mempunyai tujuan tertentu dan dijalankan pada senggang waktu yang berlainan. Menurut sumber, isu ini terdapat khilaf di dalamnya di mana ada yang berpendapat bahawa ia boleh disekalikan, manakala ada sebahagian lagi yang tidak menyokongnya.

Maka seeloknya, sekiranya mampu, cara yang terbaik adalah dengan mengasingkan setiap satu aqiqah dan korban. Namun, tidak salah pula jika ia disekalikan, seperti yang dinaskan oleh pendapat dari kalangan al-Syafi’ieyyah.

BANYAK HIKMAH AQIQAH

Dalam setiap anjuran Islam, tentulah terdapat hikmah di sebaliknya. Selain menghidupkan lagi sunnah Rasulullah SAW, aqiqah menzahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran bayi, mengukuhkan lagi silaturrahim sesama masyarakat di samping melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat.

Semoga perkongsian ini memberi kita lebih pencerahan agar kita dapat menjalankan ibadah aqiqah ini dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan keberkatan Allah dalam memulakan hidup bersama bayi yang baru lahir.

Pakej Aqiqah Lengkap 2019-2020-2021

Menu Pilihan 
Hidangan Buffet 
Menu Utama 
Nasi Putih + Nasi Minyak 
ayam Masak Merah / Goreng Berempah 
1 ekor Kambing Masak Kari + Kentang

Sayur Campur / Acar Jelantah 
Ulam Ulaman 
Sambal Belacan
Ikan Masin 
Air Kordial 
Buah Tembikai + oren

sudut santai 
2 jenis Kuih 
The Tarik

Kanopi Arabian 
2 Buah Kanopi
6 meja Bulat
60 kerusi Plastik
1 Meja Buffet

Kelengkapan Majlis
Pramusaji
Peralatan Katering Secukupnya

Berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Sumber Rujukan:

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1487-irsyad-al-fatwa-ke-184-hukum-menggantikan-kambing-dengan-lembu-atau-unta-bagi-tujuan-aqiqah

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1142-irsyad-al-fatwa-ke-128-adakah-cukup-aqiqah-seekor-kambing-bagi-bayi-lelaki

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1661-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri

http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/ibadat/aqiqah.htm

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1310-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-5-hukum-berkongsi-korban-dan-aqiqah-pada-sembelihan-lembu-unta-yang-sama

pakejkatering.my – 2019-2020-2021
Pakej Perkahwinan Lengkap
Pakej Nikah
Pakej Tunang
Pakej Aqiqah
©Zada Event Managemant